Polisi Pemulangan & Pertukaran(Return & Exchange Policy)Di
Clear Herbs, kepuasan dan kesihatan anda adalah keutamaan kami. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk kesihatan yang diterima, atau terdapat sebarang isu berkaitan kualiti, kami sedia membantu tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
1. Tempoh Masa PemulanganSegala urusan pemulangan atau pertukaran mestilah dibuat dalam tempoh
48 jam / 2 hari bekerja selepas bungkusan diterima oleh pelanggan, memandangkan produk kesihatan mudah terjejas oleh faktor persekitaran dan tarikh luput.
2. Syarat ProdukUntuk melayakkan pemulangan atau pertukaran, produk kesihatan mestilah memenuhi syarat berikut:
- Keadaan asal – Produk belum dibuka, belum digunakan, dan masih dalam keadaan segel asli
- Pembungkusan utuh – Botol, balang, atau bungkusan produk tidak rosak, bocor, atau kemek
- Label & hologram – Label produk dan sebarang tanda keselamatan (hologram) masih utuh dan tidak dikoyak
- Tarikh luput – Masih jauh daripada tarikh luput (kecuali produk yang diterima sudah hampir luput)
3. Jenis Pemulangan & Pertukaran - Pertukaran Produk (Atas Sebab Peribadi)
Pelanggan boleh membuat pertukaran produk atas sebab seperti tidak sesuai atau ingin varian lain. Kos penghantaran pergi dan balik untuk urusan pertukaran ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Pertukaran tertakluk kepada baki stok yang ada.
- Produk Rosak / Bocor / Salah Hantar
Sekiranya pihak kami tersalah menghantar produk (jenis, saiz botol, atau varian yang salah), atau produk diterima dalam keadaan rosak, bocor, atau berkualiti rendah, sila hubungi kami segera. Produk perlu dipulangkan atas kos penghantaran sendiri oleh pelanggan. Selepas produk diterima dan disahkan, penggantian akan dihantar atau bayaran balik akan diproses.
- Alahan / Reaksi Buruk
Jika anda mengalami alahan atau reaksi buruk selepas menggunakan produk, sila hentikan penggunaan serta-merta dan hubungi kami. Bayaran balik boleh dipertimbangkan dengan syarat produk masih mempunyai kuantiti yang banyak (lebih 80%) dan disertakan dengan resit pembelian. Kos penghantaran untuk pemulangan produk ditanggung oleh pelanggan.
- Bayaran Balik (Refund)
Bayaran balik akan diproses sekiranya:
- Produk pengganti bagi produk rosak/salah hantar telah habis stok
- Produk tidak dapat diganti kerana faktor tarikh luput
- Pelanggan tidak berpuas hati dan memilih bayaran balik (tertakluk kepada syarat produk)
Nota Penting: Sebarang kos penghantaran untuk memulangkan barang kepada pihak kami adalah tanggungjawab pelanggan. Pihak kami tidak akan mengeluarkan sebarang bayaran balik untuk kos penghantaran yang telah dibayar oleh pelanggan.
4. Cara Membuat PemulanganSila ikuti langkah berikut:
- Hubungi pihak kami melalui WhatsApp: +601165218505 dalam tempoh 48 jam selepas penerimaan untuk memaklumkan hasrat pemulangan
- Sertakan nombor pesanan (Order ID), gambar produk (termasuk bungkusan luar dan dalam), serta keterangan jelas mengenai isu yang dialami
- Jika diperlukan, poskan semula produk ke alamat kami di 491, Blok 8, Sungai Koyan 2, Sungai Koyan. 27650 Pahang. Pastikan produk dibungkus dengan selamat untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran. Segala kos penghantaran untuk memulangkan produk ditanggung oleh pelanggan.
Pemprosesan penggantian atau bayaran balik akan dibuat dalam tempoh
3–5 hari bekerja selepas barang pemulangan diterima dan disemak oleh pihak kami.
5. PengecualianProduk yang dibeli semasa
Jualan Penghabisan Stok (Clearance Sale) atau promosi bertanda
“Non-Returnable” tidak boleh ditukar atau dipulangkan, kecuali jika terdapat
kecacatan serius seperti bocor atau bungkusan terbuka sebelum sampai. Walau bagaimanapun, kos penghantaran untuk pemulangan tetap ditanggung oleh pelanggan sebelum penggantian dihantar.
Produk yang telah digunakan melebihi
20% juga tidak layak untuk pemulangan kecuali atas sebab alahan yang serius dengan pengesahan dokumen sokongan.